
Qurban & Aqiqah dilakukan di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah.

Video sebagai bukti ibadah Qurban & Aqiqah akan disediakan.

Cenderahati Eksklusif menanti para peserta Qurban & Aqiqah.

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ
Qurban & Aqiqah akan dilakukan di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah.
Bukti video & gambar Qurban & Aqiqah (disertai nama anak) akan disediakan.
Pendaftaran Qurban & Aqiqah secara online hanya mengambil masa 5 minit sahaja.
Harga serendah RM479 untuk seekor Kambing & RM679 untuk sebahagian Unta.
100% tempahan secara online. Pendaftaran Qurban & Aqiqah siap dalam 5 minit sahaja.
Hukum Qurban & Aqiqah adalah Sunat Muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut oleh Islam. Kami akan bantu anda untuk menyempurnakan sunnah yg dituntut ini dengan penuh amanah insyaAllah.
QURBAN : Ibadah Qurban dilakukan pada Hari Raya Aidiladha iaitu pada 10 hingga 13 Zulhijjah.
AQIQAH : Waktu yang terbaik melaksanakan aqiqah adalah pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi. Ia juga boleh dilaksanakan pada hari ke-14, atau hari ke-21 sekiranya waktu tidak mengizinkan pada hari ke-7 seperti mana yang disebutkan di dalam hadis Nabi SAW. Adapun sekiranya selepas dari bilangan waktu yang disebutkan, maka ianya tidak mengapa kerana hukum asal Aqiqah itu adalah perlaksanaannya itu ke atas setiap kelahiran sekali seumur hidup.
DALIL QURBAN :
AL QURAN : “Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah”. ( Al-Kauthar : 2 )
HADIS : Nabi SAW berkorban dengan menyembelih dua ekor Kibas berwarna putih dan bertanduk. Baginda turut menyembelih kedua-duanya dengan menyebut nama Allah dan bertakbir sambil meletak kakinya di atas tengkuk Kibas itu. ( HR Bukhari & Muslim )
DALIL AQIQAH :
HADIS : Dari Salman bin Amir Adl-Dhabiy berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tiap-tiap anak itu ada Aqiqahnya”. Maka sembelihlah binatang Aqiqah untuknya. Dan buanglah kotoran darinya (cukurlah rambutnya)”. ( HR Bukhari )
Bagi anak lelaki 2 ekor Kambing, manakala anak perempuan 1 ekor Kambing.
DALIL : Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa berkehendak untuk mengAqiqahkan anaknya maka kerjakanlah. Untuk anak laki-laki dua ekor Kambing yang sebanding dan untuk anak perempuan satu ekor Kambing”. ( HR Ahmad )
Namun, ketetapan bilangan Kambing itu sunnah sahaja dan jika mampu untuk melaksanakan 1 ekor sahaja untuk bayi lelaki, maka ianya tidak mengapa. Sekiranya dimurahkan rezeki pada masa akan datang, maka boleh menambah dan menyempurnakan ibadah Aqiqah tersebut.
Rasulullah SAW bersabda, “Tiap-tiap anak tergadai (tergantung) dengan Aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke-7, di hari itu ia dicukur rambutnya dan diberi nama”. ( HR Abu Daud )
Namun tiada masalah untuk membuat Aqiqah di hari yang lain. Hukumnya tetap sama iaitu Sunat Muakkad. Apabila dibuat, insyaAllah mendapat pahala disisi Allah.
Hukumya lebih afdhal di tempat sendiri kerana kerana sebaik-baik sembelihan itu adalah di tangan pemilik haiwan sembelihan. Namun, kami hanya ingin membantu dan memberi peluang untuk melaksanakan ibadah Qurban & Aqiqah di Makkah bagi mereka yang kurang berkemampuan kerana harganya lebih murah. Juga buat mereka yang tidak berkesempatan untuk melakukan ibadah Qurban & Aqiqah lebih-lebih lagi dengan susana pandemik yang kita lalui sekarang.
Ibadah Qurban adalah ibadah khusus yang dilaksanakan pada waktu tertentu sahaja, iaitu pada Musim Haji. Ia adalah ibadah yang terhad waktunya iaitu dari 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah sahaja.
Ibadah Aqiqah pula merupakan ibadah khusus yang dilaksanakan kerana kelahiran bayi baru yang mana ianya dilaksanakan atas tujuan kesyukuran kita kepada Allah. Waktu ibadah ini adalah tidak terhad dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja mengikut kemampuan masing-masing.
Mengikut syariat islam, kita menggunakan akad wakalah iaitu peserta mewakilkan Qurban & Aqiqah kepada pihak kami. Hukumnya harus disisi Islam. InsyaAllah, Kami akan melaksanakannya dengan penuh amanah & tanggungjawab.
Secara asasnya hukum akad adalah sunat sahaja. Akad adalah persetujuan antara 2 pihak dalam sesuatu urusan. Akad yang dilakukan melalui telefon atau bacaan di dalam kertas sudah memadai kerana persetujuan dan perwakilan antara kedua pihak jelas dinyatakan. Pembayaran yang dibuat oleh pihak pembeli kepada penjual atau pemberi khidmat membuktikan bahawa si pembeli telah bersetuju & meredhai urusan tersebut.
Hukumnya adalah harus & dibenarkan. Ianya tidak lagi menjadi Sunat Muakkad.
Sekiranya bayi tersebut meninggal di dalam kandungan dan umurnya telah berumur 5 bulan dan ke atas, maka boleh dilaksanakan Aqiqah untuknya kerana pada umur tersebut, bayi itu telah mempunyai roh, disolatkan jenazahnya dan dikafankan.
Adapun sekiranya umur bayi tersebut adalah 4 bulan dan ke bawah, maka tidak perlu Aqiqah untuknya kerana ia masih dikira segumpal darah dan daging yang belum ditiupkan roh ke atasnya.
Alhamdulliah, kami dapat melaksanakan Qurban & Aqiqah seperti biasa disana dengan lancar & tiada halangan daripada pihak berwajib.
Seperti yg diketahui waktu ibadah qurban sangat terhad iaitu selama 3 hari sahaja. Dalam tempoh tersebut, keadaan sangat sesak kerana puluhan ribu sembelihan dijalankan setiap hari di Tanah Suci Mekkah. Jika video dirakam setiap seekor, ia sekaligus akan menggangu proses penyembelihan.
Selain itu, pihak pengurusan Saudi juga tidak membenarkan semua orang untuk masuk ke kawasan sembelihan untuk merakam video sembelihan qurban akan tetapi suasana di sekitar & aktiviti agihan dibenarkan untuk mengambil gambar & video